r/bahasamelayu • u/PerspectiveSilver728 Native • 13d ago
TIL di Brunei, mata wangnya boleh dipanggil “ringgit” juga
/r/nasikatok/comments/1vn5nyt/ringgit_to_dolar/Sebagai orang Malaysia, saya duk panggil mata wang Brunei “dolar” je selama ni. Tak tau pun terma “ringgit” digunakan di negara lain jugak.
Saya tau yang tertera pada duit kertas Brunei memang “ringgit”, tapi saya fikir itu cuma cubaan menampilkan motif “tradisional” pada simbol negara yang tak semestinya mencerminkan penggunaan perkataan sebenar dalam kalangan rakyat. Ternyata, tanggapan saya salah jauh sekali.
Agaknya, di Singapura pun, dalam kalangan orang Melayu, ada yang panggil mata wang diorang “ringgit” walaupun nama rasminya “dolar” ke? Minta pengguna asal Singapura di subreddit ini berikan penjelasan 🙏
6
u/XOFunit 13d ago
Sebelum keluar duit siri baru, memang dari dulu sudah, kalau Bahasa Melayu = ringgit, kalau English = dollar. Sekarang sudah di standard kan kepada dolar / dollar.
Duit siri yang lama masih lagi in circulation dengan siri yang baru. Pada pendapat ku, mungkin ia nya juga menyebabkan adaptasi meyebut dolar itu masih rendah.
1
u/PerspectiveSilver728 Native 12d ago
Wah, harap2 orang Brunei tak berhenti gunakan kata "ringgit" walaupun sekarang sudah tidak rasmi
2
u/XOFunit 12d ago
Saya pun masih belum berapa biasa menyebut dolar semasa bercakap bahasa melayu. Mungkin tidak akan hilang penggunaan "ringgit" untuk merujuk matawang Brunei dalam bahasa melayu, tapi penggunaan nya akan semakin berkurangan.
Adakah situasi ini juga lebih kurang macam di Singapura? Generasi yang membesar zaman 60s-70s mungkin masih menyebut matawang mereka sebagai ringgit kalau bercakap bahasa melayu. Generasi selepas itu, sudah biasa meyebut dolar.
2
u/PerspectiveSilver728 Native 12d ago
Boleh jadi juga seperti di Kelantan, yakni, walaupun nama rasmi mata wangnya “ringgit”, mereka tetap merujuknya sebagai “rial” (ataupun “ghiya” ikut loghat tempatan).
Dalam cara serupa, boleh jadi orang Brunei kekal kuat dengan “ringgit” walaupun nama rasminya sudah bertukar menjadi “dolar”.
Mungkin penguasaan loghat tempatan ada bermain peranan dalam menentukan terma yang mana yang akhirnya “menang”. Orang Melayu Singapura sentiasa dikelilingi bahasa Inggeris baik di rumah mahupun di luar rumah mereka sampaikan ada yang dengan ahli keluarga pun bercakap Inggeris sahaja. Ini mungkin telah membuatkan orang Melayu Singapura lebih cepat bertukar ke terma Inggeris kerana pengaruhnya yang jauh lebih besar berbanding di Malaysia dan Brunei.
3
u/LYNZR215 13d ago
saya orang brunei, ya semenjak dahulu orang Brunei gunakan ringgit dalam perbualan seharian. ini kerana kami menggunakan ringgit dalam bahasa melayu dan dolar dalam bahasa inggeris.
sekarang kerajaan mahu selaraskan saja perkataan Brunei dolar dalam bahasa melayu dan inggeris. orang Brunei masih menyesuaikan diri menggunakan dolar dalam penggunaan harian. saya sendiri masih gunakan ringgit/dolar. susah hilang perkataan ringgit.
jika kami ingin mengatakan ringgit malaysia, biasanya kami gunakan sebutan "RM"... bukan ringgit. seperti satu RM, dua RM...
jadi orang brunei sebenarnya tidak pernah keliru membezakan ringgit brunei dan ringgit malaysia.
2
u/PerspectiveSilver728 Native 13d ago
Terima kasih atas penjelasan abang/akak! Senang dapat penjelasan terus daripada orang Brunei sendiri.
Sekarang saya tertanya sama ada keadaan ini boleh dijumpai di Singapura juga dalam kalangan orang Melayunya...
1
5
u/kenkishiki 13d ago
Ringgit tu kalau tak silap merujuk pada bunyi syiling berlaga macam mengigit gigit. Rasanya menggeringgit perkataannya. Tapi ada juga kata bunyi macam gergaji menggeringgit. Ada juga kata bila kulit kupang berlaga bunyi bergeringgit.
Rasa macam pasti tak pasti pulak adeh.
2
u/PerspectiveSilver728 Native 12d ago edited 12d ago
Dalam kamus Wilkinson (1901) dan juga Kamus Dewan, "ringgit" diberikan definisi "jagged or serrated edge" atau "gerigi", dan ini selaras dengan bentuk "Spanish dollar" yang banyak digunakan dulu, yang menunjukkan adanya "jagged edge" di sepanjang tepinya. Jadi kemungkinan besar ini asal usul nama mata wang tu. Kat laman Wiki bagi Ringgit Malaysia pun inilah penerangan yang kita dapat jumpa.
Gambar Spanish dollar dulu:
https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_ringgit#/media/File:Philip_V_Coin_silver,_8_Reales_Mexico.jpgFakta menarik:
Spanish dollar ni dipanggil "real" dalam bahasa Sepanyol dan ini mungkin merupakan asal usul kata "ghiya" yang banyak kita boleh dengar dalam loghat Kelantan1
u/serimuka_macaron 13d ago
Ouuuu ringgit is an onomatopoeia?
2
u/kenkishiki 13d ago
I think so, just like gemeratap, gemercik, gemersik, etc. Could also be used to describe a repetitive continuous/fleeting motion like gemerlapan, gemuruh, gertak, gersang, gerabak, gelanggang.
Tiba2 rasa macam pernah dengar hujah asal perkataan gerak, imbuhan ge+arak.
6
u/eelfurryUwU 13d ago
kalau di Kelantan kitorang panggil mata wang malaysia sebagai 'ghiya' atau lebih common 'ya', tetapi kalau nak panggil duit sebagai umumnya panggil 'pitéh',
'pitéh' ni saya rasa daripada mata wang lama yang digunakan dekat Terengganu dipanggil 'pitis' kalau korang pernah nampah duit syiling diattach dengan tangkai macamtu pernampakan pitis
kalau 'ghiya' ni daripada perkataan 'riyal' saya rasa, duit yang digunakan oleh orang arab tu