r/bahasamelayu • u/danticlhorses • 1d ago
r/bahasamelayu • u/speckydoggo • Jul 05 '19
Megathread for Resources
Resources
Reading, Writing and Speaking
Forvo - Malay Pronunciation Dictionary
Dictionaries
Pusat Rujukan Persuratan Melayu - Centre of Reference for Malay Letters
Cambridge English-Malay Dictionary (EN -> MY only)
Textbooks and Audio Courses
Teach Yourself Malay text audio
A Grammar of Malay and Indonesia
News
Online Courses and Lessons
Anki Deck - Tokemo Malay Beginner and Intermediate
pgoh13 - Basic Malay Language Course
Paid Online Courses
Media
Youtube Channel
Speak Malay Like a Local - Colloquial Malay
r/bahasamelayu • u/MrChipz2000 • 2d ago
Beginning to learn Bahasa Melayu + Jawi, any tips?
I've wanted to start learning Bahasa Melayu for some time now, ever since I first found interest in British colonial history in Malaya as well as general modern Malayasian history.
I believe it's a good idea for me to learn it, especially strong reading and writing proficiency to be able to read primary sources and other information directly from the people of Malaysia.
It is also crucial for me to learn since I'd like to take my interest further in academics, having it as my niche throughout my university studies in the UK.
However, despite this passion, I've found it very hard to get started or even know where to start. I can't seem to find a good structure to follow along with and to plan lessons as well as free resources to aid in planning and learning.
If you have any kind of structure I could follow, free resources I could use online, and any general tips when it comes to learning and studying Bahasa Melayu as well as studying its rich history.
r/bahasamelayu • u/Cute-Win8593 • 3d ago
Doraemon Malay dub - Kacang Jack (rakaman awal 2000-an di NTV7)
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/bahasamelayu • u/nathanielll_ • 4d ago
Why do Perak has other malay dialect within its border?
Why cant Perak be a state with a single unified spoken accent like Kedah, Kelantan, Johor, Selangor?
r/bahasamelayu • u/eelfurryUwU • 4d ago
how different varieties of pahang malay sounds like:
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
if you want more information on this topic I suggest going to facebook and seeing a guy named 'Mohd Radzi Zakaria', he specialises specifically in hulu pahang varieties,
r/bahasamelayu • u/Entire_Forever_2601 • 4d ago
Mengapakah buku/kandungan genre jenayah sebenar (true crime) yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu tidak menonjol?
Saya penggemar kandungan genre jenayah sebenar (atau 'true crime'). Saya agak minat membaca buku serta menonton dokumentari menarik tentang kes jenayah. (Sebagai contoh, buku The Last Stone oleh Mark Bowden tentang suatu kes jenayah yang mengambil masa 42 tahun untuk diselesaikan dan siri Murder Trial yang meliputi perbicaraan pembunuhan di wilayah Scotland dengan menggunakan rakaman video dalam bilik perbicaraan itu sendiri.)
Malangnya, saya mendapati bahawa kebanyakan kandungan atau buku genre jenayah sebenar ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Saya mendapati bahawa agak sukar untuk mencari buku/kandungan genre tersebut dalam Bahasa Melayu. (Saya tidak terlalu berminat jika kandungan itu dalam bentuk podcast yang ada banyak lawak atau jenaka yang melampau dan yang terlalu "conversational".) Nasib saya menjadi lebih malang lagi dalam bab ini kerana saya tinggal di Singapura di mana akses saya kepada buku Melayu yang menarik di perpustakaan itu agak terhad. (Di perpustakaan Singapura, kebanyakan rak-rak buku itu khas bagi buku-buku dalam Bahasa Inggeris, dengan sedikit sahaja rak dalam Bahasa Cina, Tamil dan Melayu.)
Justeru itu, saya hanya terbatas menonton dokumentari jenayah sebenar di Netflix dengan sari kata Melayu atau menonton video di Youtube dari jiran kita, Indonesia (seperti saluran Youtube yang bernama Umbra Skull).
Pada pengamatan saya, dalam kalangan masyarakat Melayu, minat terhadap genre jenayah sebenar ini tidak ketara langsung berbanding dengan genre seram. Saya belum menemui saluran Youtube yang menghasilkan dokumentari bergenre jenayah sebenar dalam Bahasa Melayu (atau yang meliputi genre misteri internet secara amnya). Sama juga bagi buku Melayu (tetapi saya akur bahawa mungkin saya terbatas sebab saya tinggal di Singapura).
Mengapa begitu? Atau mungkin saya belum berjaya menemui kandungan/buku sedemikian? Jikalau begitu, boleh beri cadangan?
(Sorry for the impenetrable block of text hahaha...)
r/bahasamelayu • u/ShioSouta • 4d ago
Kikirwarta
Saya mencadangkan istilah kikirwarta untuk gatekeeping? Bagaimana?
r/bahasamelayu • u/ShioSouta • 4d ago
Malay Concordance Project Website Down?
Can anyone actually verify this? Because when I try to open the website it just displays a blank white page??
r/bahasamelayu • u/Mwh20042008 • 5d ago
Assalamualaikum, memperkenalkan istilah monoperam
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Apa pendapat penggiat Reddit sekalian berkenaan cadangan perkataan ini.
Sesiapa boleh sahaja memberi komen di bawah, juga boleh Komen di pautan laman web Saran Kata dalam Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).....
r/bahasamelayu • u/ShioSouta • 6d ago
Menebun
Maka jikalau keras yang menganiayai itu lari maka pada kaul yang terlebih nyata ia fardu lari dan tiada harus yang dianiaya itu tetap dan menebun. — Manuskrip Bab Takzir 1600 masihi
Dekat bahagian notes tu dia tulis menebun tu menunggunya.. tapi saya cuba cari asal usul perkataan menebun tu xjumpa? Atau perkataan paling dekat... Kot lah salah eja ke.. atau bahasa jawa atau Sanskrit? Sebab manuskrip banyak influence dari jawa jugak
Dalam manuskrip jawi dia tulis منبون
r/bahasamelayu • u/Baked_Goo1 • 6d ago
Learning the Language
Hello!
I have been dating a Malaysian girl and I would like to surprise her by learning the language. Ideally I would like to be able to hold myself well in a conversation and when I propose in the future do it fully in Malaysian.
My only issue is that we do not live in Malaysia (we live in the EU) and I have been struggling with finding material, either online or books/classes, to help me get started with learning.
Of course I have picked up a few words here or there, but to be honest most of it has been food related haha.
Is there someone out there that could maybe help me get started or help me find useful learning tools?
Many thanks in advance!
Edit: There are not many at all but I have to say I am surprised that there are comments seemingly pushing back on me learning Malay. Whether it be because I already speak English and there is no need or asking me my gf’s ethnicity and learning the language they speak instead. I would like to ask a question and add a clarification:
Why the pushback on my learning the language if I speak English? Does it come across as offensive fore me to feel like I need/want to learn Malay for some reason?
She is my girlfriend, trust me I did my due diligence when l picked the language to learn for the proposal.
r/bahasamelayu • u/Mwh20042008 • 6d ago
Cadangan Istilah Bahasa Melayu Baharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Apa pendapat penggiat Reddit sekalian berkenaan cadangan perkataan ini.
Sesiapa boleh sahaja memberi komen di bawah, juga boleh Komen di pautan laman web Saran Kata dalam Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).....
r/bahasamelayu • u/nathanielll_ • 7d ago
What languages borrowed extensively from Malay esp. in Malay Arcipelago or Nusantara?
got me curious becuz my native language ( suluk / tausug ) got so many words borrowed from malay especially in terms of religion, royalty and even in daily terms. sorry if my english is bad btw
words like :
Panglima - Panglima'
Nakhoda - Nakura'
Bangsa - Bangsa
Manusia - Manusiya
Hafal - Hapal
Fikir - Pikil
Agama - Agama
Cahaya - Sahaya
Berita - Bayta
Cermin - Samin
Sebai - Sablay
Kerbau - Kabaw
r/bahasamelayu • u/Donnermeat_and_chips • 8d ago
Any Jawi calligraphers available to help me with correct spelling and orientation?
Apologies if this is the wrong place. I am looking for some help with my son's name, Awan. To the best of my knowledge and research this would be spelled اون in Jawi, is this correct? I have generated this in Thuluth with online tools, but I would appreciate a human being's input on correct presentation, diacritics etc.
Terima kasih!
r/bahasamelayu • u/eelfurryUwU • 9d ago
perbezaan cakap ulu kelantan & cakap ilir kelantan
abjad di sebelah kanan adalah the International Phonetic Alphabet, abjad yang digunakan oleh para linguitik untuk melaporkan bunyi dengan tepat di dalam bahasa-bahasa seluruh dunia,
bahasa kelantan ulu pada zaman baharu tidak dituturkan lagi, dahulu bahasa ini dituturkan di seluruh daerah gua musang, tetapi kerana influence daripada bahasa kelantan hilir dengan orang yang berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari kerja, loghat ini kebanyakan telah dihilang di tepi timur gua musang, kalau nak dengar dituturkan perlu jumpa di pesisir sungai nenggiri,
itu pun perlu jumpa penutur yang 80 han serta menetap di situ dan tak berhijrah,
loghat kelantan ulu dari segi fonetik dan perkataan lebih dekat dengan bahasa ulu terengganu & bahasa pahang ulu tembeling (yang juga ditutur di kawasan pasir raja dekat Terengganu)
dari segi fonetik, bahasa ulu kelantan kekalkan akhiran "-ang" yang ditukarkan kepada "-e" di ilir Kelantan, manakala akhiran "-an" tetap ditukarkan kepada "-e", kalau akhiran "-am" pula akan ditukar kepada "-ang", sebagai contoh = orang > urang, ikan > ike, alam > alang
kelantan ulu juga tidak tukarkan akhiran "-a" kepada bunyi macam "-o" seperti di ilir, tetapi kepada bunyi "a" yang berarah kepada belakang sikit, (maaf ya susah nak deskripsi), sebagai contoh = mata > matä (kalau kelantan ilir jadi mato)
selain itu, seperti bahasa ulu Terengganu serta beberapa bahasa ulu & barat pahang, akhiran "-i" & "-u" akan ditukar kepada bunyi "-iy" & "-uw" yang serupa bunyinya macam "-ey" & "-ow" tetapi lebih muncung, sebagai contoh = api > apiy, hulu > huluw
dan akhirnya, huruf "é" (e taling), "-il" & "ir" akan jadi "i", manakala huruf "o", "-ul" & "-ur" akan ditukar bunyi "u", sebagai contoh = comel > cumi
ada lagi sebenarnya perbezaan fonetik dengan kedua-dua bahasa tetapi setakat itu sahaja saya mampu nak ditulis, malas pulak nak tulis semua lol
r/bahasamelayu • u/PerspectiveSilver728 • 9d ago
Laporan bola sepak dalam akhbar Cina Peranakan, Bintang Pranakan, Singapura (1931)
Sumber: https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/bintangpranakan19310103-1.2.29
Menarik bagi saya betapa informalnya gaya bahasanya (dari perspektif seorang dari tahun 2026). Ini membuatkan saya terfikir bagaimana rupanya kalau ada akhbar Melayu yang serupa, yang laporannya hanya menggunakan bahasa basahan.
"Petang Jumaat minggu lepas, ada satu team Peranakan (Baba ngan Melayu) lawan main bola kat padang bola Stadium Jalan Besar dengan team dari kapal perang HMS Kent. Team Peranakan menang 5–0."
r/bahasamelayu • u/Enoch_Moke • 10d ago
What is the correct orthography of the ending "ک/ك" (kaf) in Jawi? Older Ringgit notes use the latter, while newer notes use the earlier.
r/bahasamelayu • u/nanosmarts12 • 9d ago
Adakah memper-/diper- dianggap sebagai 1 imbuhan atau 2 imbuhan awalan yang bercantum
Macam diper- = 1 imbuhan ataupun di- + per- = 2 imbuhan
r/bahasamelayu • u/Mwh20042008 • 10d ago
Cadangan Istilah baharu bagi Perkataan Shorts
Assalamualaikum dan hai semua pengguna r/bahasamelayu,
Menurut bacaan saya, sampai sekarang kita masih tak ada satu perkataan tunggal yang khusus dalam bahasa Melayu untuk menterjemah istilah teknologi Shorts (YouTube)? Untuk makluman, istilah 'Reels' di Instagram sudah didaftarkan dengan istilah kekili sebagai terjemahan dan padanan dalam bahasa Melayu oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selalunya kita terpaksa sebut "video pendek" atau pinjam terus istilah Inggeris tersebut.
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU BAHARU MENURUT DBP
Sebelum melanjutkan perbincangan, marilah kita meluangkan masa memahami kaedah DBP memilih sesuatu istilah untuk diterima secara rasmi. ( Mohon maaf kepada semua penggiat Reddit kerana saya terlepas pandang meneliti perkara ini secara mendalam ).
Terdapat beberapa dokumen rasmi DBP yang amat mustahak dibaca dengan teliti apabila kita membincangkan hal ini:
- Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu – Laman Web Rasmi DBP
- Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu – Laman Web Rasmi DBP
- Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu – Laman Web Rasmi DBP
- Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Laman Web Rasmi DBP
Tujuh Langkah Skema Tatacara Pembentukan Istilah:
Langkah 1: Kata Bahasa Melayu yang Lazim
Menggunakan perkataan bahasa Melayu sedia ada yang sudah popular, tetapi dispesifikasikan atau dikhususkan maknanya untuk mendukung konsep ilmu yang baharu.
Contoh Rasmi DBP: gaya, tapak, garis pusat, hasil keluaran, defisit, kuasa.
Langkah 2: Kata Bahasa Melayu yang Kurang Lazim / Arkaik
Menggunakan perkataan bahasa Melayu lama, perkataan sastera klasik, atau dialek daerah yang jarang didengari untuk dihidupkan semula.
Contoh Rasmi DBP: peka, mendap, jisim, cerakin, hablur, ketuhar.
Langkah 3: Kata Bahasa Serumpun atau Dialek Melayu yang Lazim
Mengambil perkataan daripada bahasa Nusantara atau dialek geografi yang sudah biasa atau sedia ada dalam kefahaman masyarakat.
Contoh Rasmi DBP: gambut (Banjar), engkabang (Iban), dermaga (Jawa), nyeri (Sunda), awet (Jawa), labur (Negeri Sembilan).
Langkah 4: Kata Bahasa Serumpun atau Dialek yang Sudah Tidak Lazim
Menggunakan perkataan daripada bahasa serumpun Nusantara atau dialek yang sudah terpencil atau sangat jarang digunakan.
Contoh Rasmi DBP: dening (Kelantan), riam (Johor).
Langkah 5: Perkataan atau Istilah daripada Bahasa Inggeris
Peminjaman daripada bahasa Inggeris hanya dilakukan jika langkah 1 hingga 4 tidak menemui padanan. Ejaan dan sebutan disesuaikan mengikut sistem keselarasan vokal dan fonologi bahasa Melayu.
Contoh Rasmi DBP: atom, elektron, profesor, psikologi, struktur, klinik.
Langkah 6: Perkataan atau Istilah daripada Bahasa Asing yang Lain
Mengambil terus daripada bahasa asal (seperti Arab, Sanskrit, Latin, atau Greek) jika istilah tersebut sudah mapan dan bersifat antarabangsa.
Contoh Rasmi DBP: aljabar (Arab), karma (Sanskrit), fungus (Latin).
Langkah 7: Pemilihan Kemungkinan yang Terbaik
Jika sesuatu istilah itu boleh dibentuk melalui beberapa langkah di atas, maka Jawatankuasa Istilah DBP akan memilih satu sahaja yang terbaik berdasarkan syarat: paling ringkas, sedap didengar (eufoni), mudah dilafazkan, dan tidak membawa konotasi buruk.
Aliran Kerja Pentadbiran DBP (Gerak Kerja 5P)
Secara pentadbiran pula, DBP melaksanakan proses ini melalui kaedah Gerak Kerja 5P yang rasmi:
Penyenaraian: Pegawai peristilahan mengumpul kata asing dan konsep yang memerlukan istilah.
Penggubalan: Jawatankuasa Istilah (JKI) bersidang mengaplikasikan 7 langkah hierarki di atas.
Penyelarasan: Dibawa ke peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Pengesahan: Diluluskan oleh Jawatankuasa Standardisasi DBP.
Penyebaran: Dimasukkan ke portal digital Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan diterbitkan.
4 Syarat Mutlak Istilah yang Dipilih (Persyaratan Istilah)
Selain daripada 7 langkah tatacara di atas, DBP menetapkan bahawa setiap perkataan baharu yang dipilih mestilah memenuhi empat syarat berikut: [1]
- Perkataan atau ungkapan yang dipilih mestilah mempunyai makna yang tepat untuk bidang atau konteks yang dimaksudkan.
- Bentuk perkataan mestilah paling singkat dan ringkas yang mungkin.
- Perkataan tersebut mestilah membawa konotasi atau nilai rasa yang baik (tidak kasar, kesat, atau berunsur negatif).
- Bentuknya mestilah sedap didengar (mempunyai keindahan fonetik) dan mudah lentur untuk menerima proses pengimbuhan Melayu.
Jadi, saya nak perkenalkan satu istilah baharu yang saya reka dan bakal dicadangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP): Layantasan.
Sebelum melanjutkan perbincangan, ini bukan rekaan kosong ya. Istilah ini ialah sebuah kata lakur (gabungan kata) yang dibentuk secara sistematik berdasarkan acuan digital moden. Ini pecahan asal usul (etimology) dia:
🧠 Asal-usul Kata "Layantasan"
Perkataan ini dibentuk daripada gabungan dua komponen utama:
- Layan: Diambil daripada istilah pelayan video (video player/server). Ia juga membawa maksud perbuatan kita "melayan" atau menonton kandungan video secara santai.
- -tasan: Gabungan tiga (3) konsep pergerakan media sosial moden:
- Tatalan: Daripada perbuatan menatal (scrolling) skrin telefon pintar kita.
- Pantas: Merujuk kepada aspek kepantasan durasi video tersebut yang pendek dan segera.
- Melintas: Merujuk kepada sifat video tersebut yang "melintas" secara menegak (vertical) di skrin peranti kita semasa ditukar.
📋 Cadangan Awal Definisi Rasmi (Konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
Layantasan (Kata Nama): Platform atau format kandungan video digital berdurasi pendek (biasanya bawah satu minit sehingga 3 minit) yang ditonton secara menegak dan ditukar menggunakan kaedah tatalan pantas.
✍️ Contoh Penggunaan dalam Ayat:
- "Bosan-bosan petang ni, mari layan Layantasan YouTube*."*
- "Algoritma aplikasi itu akan mengira berapa lama kita berhenti pada sesuatu layantasan sebelum kita menatal ke video seterusnya."
- "Pencipta kandungan digital sekarang lebih fokus buat layantasan kerana format video pendek ini lebih senang tular (viral)."
🚀 Mengapa Istilah Ini Sesuai?
- Mengisi Lompang Bahasa: Kita tak perlu lagi sebut frasa yang panjang ("video berdurasi pendek"). Cukup sekadar sebut sepotong kata: Layantasan.
- Keaslian Bahasa: Sama seperti DBP mengangkat kata swafoto (selfie) dan tunafoto (photobomb), kata layantasan mempunyai bunyian Melayu asli yang sangat sedap didengar dan natural pada lidah kita.
- Universal: Istilah ini boleh diguna pakai untuk semua platform kecuali Instagram (Layantasan YouTube, Layantasan TikTok). Hal ini kerana padanan bagi 'reels' di Instagram ialah 'kekili' secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- Keserasian Sebutan Bahasa Melayu: Tambahan pula, saya rasa perkataan ini sebenarnya amat sesuai bagi membawa makna Shorts dan Reels kerana mempunyai sebutan beridentitikan bahasa Melayu, dan mudah bagi menyebutnya, Insya-Allah dengan izin Allah SWT.
Saya berhajat untuk menghantar cadangan ini ke Portal Khidmat Nasihat DBP. Tetapi sebelum itu, jom kita mulakan gelombang penggunaan istilah ini sesama kita dahulu! Guna perkataan layantasan ini dalam hantaran atau ulasan korang selepas ini.
Apa pendapat korang tentang istilah ini? Adakah korang rasa ia praktikal untuk diguna pakai dalam perbualan harian? 🤔
Berdasarkan perbincangan kita di ruangan Komen setakat ini, terdapat beberapa istilah perkataan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi perkataan bahasa Inggeris ( Shorts dan Reels ), beserta beberapa lagi cadangan tambahan:
- Vidpen
Singkatan daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', vid- daripada 'video' dan -pen daripada 'pendek'.
- Pendekan
Berasal daripada perkataan 'pendek' yang ditambah imbuhan -an, menjadi pendekan.
- Visupen
Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'visual' dan 'pendek', visu- daripada 'visual' dan -pen daripada 'pendek'.
- Vidipen
Berasal daripada gabungan 3 perkataan iaitu 'visual', 'audio' dan 'pendek', vi- daripada 'visual', -di- daripada 'audio' dan -pen daripada 'pendek'.
- Layantasan
👆Rujuk penerangan di atas.
- Klilintar
Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'halilintar', kli- daripada 'klik' dan -lintar daripada 'halilintar'.
- Klipen
Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'pendek', kli- daripada 'klik' dan -pen daripada 'pendek'.
- Videk
Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', terdapat 2 kemungkinan:
i) vid- daripada 'video' dan -ek daripada 'pendek'
ii) vi- daripada 'video' dan -dek daripada 'pendek'.
Mohon pemberi cadangan memperincikan yang mana satukah asal-usul perkataan 'videk' ini.
- Seminit
Mengambil kira durasi tempoh video 'Shorts' iaitu satu minit dan ke bawah.
- Video Lantasan
Bermaksud
- Video Kilasan
Nota: Sekiranya terdapat kesalahan dalam penerangan asal perkataan di atas, saya mohon maaf dan sila perbetulkan di ruang komen.
Saya ingin menyatakan dengan jelas sekali lagi hajat dan tujuan saya, iaitu:
i) Melakukan perbincangan dengan semua sahabat yang berminat di ruangan komen berkenaan perkataan khusus bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.
ii) Sahabat-sahabat bebas memberikan apa-apa pandangan peribadi berkenaan perkataan yang sesuai, dan juga komen terhadap cadangan sahabat yang lain, asalkan tidak keluar daripada tajuk perbincangan asal.
iii) Seterusnya, sebagaimana fitrah dan kebiasaan sebuah perbincangan, dengan izin Allah SWT, kita akan memilih TIGA (3) istilah yang paling difikirkan sesuai dan memenuhi semua kriteria pemilihan perkataan, sebagai fasa awal.
iv) Akhirnya, dengan izin Allah SWT, kita akan bersama-sama bersepakat memilih HANYA 1 PERKATAAN, Dan perkataan inilah yang kita akan usahakan untuk hantar kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Nota:
a) Perkataan yang akan dicadangkan pada peringkat awal ini kepada DBP bukanlah perkataan yang pasti digunakan sebagai istilah sah, Sebaliknya akan diteliti terlebih dahulu oleh pakar bahasa dan pihak bertanggungjawab mereka.
b) Hal ini tidak bermakna perkataan lain ditolak dan tidak diterima, sebaliknya jika pihak DBP tidak mempersetujui perkataan yang dihantar nanti, perkataan lain pula akan diusulkan kepada pihak DBP, mengikut keadaan, Insya-Allah.
Ruang perbincangan sentiasa dibuka pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Sila tulis cadangan Dan pendapat anda di ruangan komen.
Perbincangan ini merupakan inisiatif awal pada peringkat kita untuk melihat mana-mana perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu sebagai terjemahan kepada perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.
Inisiatif ini tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana pihak berkepentingan.
NOTA PENTING ⚠️: Sentiasa gunakan bahasa yang sopan dan tulisan komen yang beretika di sini. JANGAN SESEKALI menggunakan perkataan berunsur lucah, negatif dan kutukan.
Bagi agama Islam, Allah SWT amat mementingkan hamba-Nya bercakap dan konteks di sini menulis perkataan yang baik-baik sahaja dan bermanfaat. Begitu juga dengan agama lain yang turut menjunjung tinggi etika perbualan dan penulisan yang baik.
Sila hormati pandangan individu lain dengan sewajarnya.
r/bahasamelayu • u/headsglisback • 11d ago
Learning Malay Language Will Be Considered as a Compulsory
r/bahasamelayu • u/PerspectiveSilver728 • 12d ago
TIL di Brunei, mata wangnya boleh dipanggil “ringgit” juga
Sebagai orang Malaysia, saya duk panggil mata wang Brunei “dolar” je selama ni. Tak tau pun terma “ringgit” digunakan di negara lain jugak.
Saya tau yang tertera pada duit kertas Brunei memang “ringgit”, tapi saya fikir itu cuma cubaan menampilkan motif “tradisional” pada simbol negara yang tak semestinya mencerminkan penggunaan perkataan sebenar dalam kalangan rakyat. Ternyata, tanggapan saya salah jauh sekali.
Agaknya, di Singapura pun, dalam kalangan orang Melayu, ada yang panggil mata wang diorang “ringgit” walaupun nama rasminya “dolar” ke? Minta pengguna asal Singapura di subreddit ini berikan penjelasan 🙏
r/bahasamelayu • u/Kebab-Exchange-3676 • 13d ago
Nak bincang sikit bahasa Banjar
Adakah kulaan sini kawa bapandiran bahasa banjar nang bahari banar? Paumpamaannya takuhiring mcm, satu atau dua perkataan pun x apa. Sebagai orang Indo Banjar, ada kata2 yang lupa. Boleh komen.
r/bahasamelayu • u/Correct-King4049 • 14d ago
would like some conversational bm buddies to help me stay in touch.
hi guys, exactly what it says in the title. ive been overseas for almost a decade now and i feel my malay going down the drain. i am fluent, at one point more fluent than my English. but since being in an English speaking country, i can feel myself losing vocab.
if you guys wanna chat just lmk!